Ekk - Sempurnakan Saf by MustRead
- Regular price
- RM 30.00
- Sale price
- RM 30.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Masjid bukan sekadar bangunan ibadah, tetapi pusat penyatuan jiwa dan iman umat Islam. Di situlah solat berjemaah menyatukan saf, iktikaf mendidik jiwa dan doa dipanjatkan dengan penuh pengharapan. Namun dalam keadaan tertentu, rumah juga boleh menjadi medan ibadah yang hidup apabila solat berjemaah dilaksanakan bersama keluarga, menghidupkan sunah serta menyemai roh kebersamaan. Sempurnakan Saf merungkai persoalan-persoalan yang sering berlaku dalam solat berjemaah, yakni peranan imam, kedudukan makmum, perbezaan niat sehinggalah kesalahan lazim yang sering berulang di masjid, surau dan juga rumah. Dengan huraian yang berlandaskan dalil, pandangan ulama muktabar dan realiti semasa, pembaca dibimbing untuk menilai ibadah bukan sekadar pada tempat, tetapi pada penghayatan, adab dan niat.