Fajar Pakeer
Mafia Game By Ken Hendri
- Regular price
- RM 22.10
- Sale price
- RM 22.10
- Regular price
-
RM 26.00
Share
SINOPSIS
SINOPSIS
Bila permainan bermula, tiada siapa yang benar-benar selamat.
Tekan ENTER untuk membuka pintu janji. Setiap peserta akan
menurunkan tanda setia mereka, bersatu dengan segala peraturan dan
kenyataan yang tersembunyi di dalamnya.
Demi wang bernilai 10 juta USD, mereka dipaksa mengenakan
peranan masing-masing: Villager, Protector, Detective, dan Mafia.
Tanpa mereka sedari, satu pilihan telah mengikat mereka dalam
pertarungan hidup dan mati.
Undi dijadikan senjata, dan satu nama akan dipilih untuk disingkirkan.
Pemain yang menerima undian terbanyak tidak akan melihat pagi lagi.
Kuncinya: jangan percaya sesiapa, kerana ada seorang pengkhianat
dalam kalangan mereka.
"Yang putih akan berubah lusuh. Yang harum bakal hilang baunya.
Yang cantik bakal kehilangan indahnya." - Ivan
"Permainan ini ibarat sebuah persembahan teater. Pemain yang bijak
berdiri di atas pentas, mengelirukan yang lain di kerusi penonton
dengan lakonan yang sempurna." - Mikhail
"Tak sangka seumur hidup aku, akan akan berjumpa dengan orang yang
mampu menang hampir semua permainan daripada program
The Game." - Eun Jin
"Kau yang mengkhianati aku. Aku takkan bertindak macam ni kalau kau
tak tipu aku. Tapi, aku tak sebodoh yang kau sangka." - Aszkhil
Dalam permainan ini, di mana semua orang berbohong, satu-satunya
langkah yang betul ialah menjadi lebih kejam daripada musuh.
Dan kebenaran bukanlah pelindung, ia hanya satu lagi alasan
untuk membunuh.
Siapakah yang menguasai permainan? Siapa pula pemburu, atau
mangsa yang tidak menyedari ajalnya semakin hampir?
Nyawa dan jiwa hanyalah bidak, dan tiada jalan untuk berpatah balik,
kerana,dalam permainan ini, belas kasihan tidak pernah wujud.
"Persembahan yang bagus. Aku tunggu saja lakonan kau orang berakhir.
Sekarang, persembahan dah nak tamat. Rasanya, kita dah di akhir cerita."