Karya Seni
Vengeance : Kesumat By Matteo Mikhail
- Regular price
- RM 32.00
- Sale price
- RM 32.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
SINOPSIS
Malam itu malam yang dipenuhi jeritan yang mengerikan. Api yang marak dan garang telah meragut nyawa sebuah keluarga kecil. Thariq satu-satunya anak kecil yang terselamat namun sesuatu dalam dirinya turut mati bersama tragedi itu. Kemanusiaan. Tahun demi tahun berlalu, kini Thariq semakin membesar seiring dengan dendam kesumatnya. Tanpa amaran, siri pembunuhan mula mengoyak kesepian malam. Seorang demi seorang diseksa dan dibunuh, bagai satu rantaian pembunuhan yang terancang. Penyiasatan mula dijalankan Inspektor Munir. “Mereka jadi sasaran seseorang. Mereka diburu oleh orang yang sama. Waktu saya kenal pasti semua sasaran, semuanya dah terlewat. Hampir kesemua mereka ditemui maut dalam keadaan yang mengerikan. Saya percaya, perbuatan ganas ni bermotifkan dendam.” - Inspektor Munir. Thariq masih tidak berhenti untuk melunaskan dendam kepada sasaran terakhirnya iaitu Dato Badar. Sasaran yang paling dinantikannya. Dato Badarlah punca segala kehancuran hidupnya. Namun lelaki itu kelihatan bahagia dengan keluarganya, malah mempunyai orang kepercayaan baharu, menantunya, Najmi. Bagi Najmi pula, dia kerap berasa berdebar-debar tanpa sebarang sebab. Kebelakangan ini juga, dia sering kali didatangi mimpi ngeri. Mimpi yang dahsyat sehingga dia meracau-racau dalam tidur, memaksa isterinya, Miralia mengejutkan dia ke alam jaga. Miralia sendiri terlalu bingung dengan perubahan mendadak Najmi. Keterujaan Miralia tatkala terbinanya mahligai bahagia bersama insan tercinta hanyalah sementara. Segalanya berubah setelah dia mendirikan rumah tangga. Najmi bukan lagi lelaki yang pernah dikenalinya sebelum ini. Perubahan lelaki itu menimbulkan seribu tanda tanya. Pertemuan Miralia dan Thariq sedikit demi sedikit merungkai teka-teki. Saat segalanya terbongkar, tegarkah dia meneruskan ikatan yang dibina atas dasar cinta?